-->

Jejari Comel

  • Utama
  • Diriku
  • Fakulti Sains
  • Fizik
  • Komuniti
  • Dropbox
  • Pensyarah

Tuesday, 26 March 2013

Log Program Bridging



           Setelah berakhirnya sesi tahap 1 sesi I, program bridging ini di teruskan lagi iaitu pada Tahap 1 sesi ke II yang bermula dari 29 Januari 2013 sehingga 4 Mac 2013 .Peranan UTM dalam melahirkan modal insan memerlukan staf sokongan teknikal yang cekap ,terlatih serta berpengalaman semasa memberikan perkhidmatan membantu staf akademik. Pembantu makmal terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan sokongan di makmal-makmal khususnya berkaitan pengajaran, penyelidikan, perundingan, pengurusan sumber, keselamatan dan pentadbiran sesebuah makmal. Antara objektif kursus bridging ini adalah seperti berikut :

  • Untuk mengukur kesesuaian seseorang pembantu makmal dari segi potensi untuk menjawat jawatan didalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27.

  • Untuk menguji kemahiran seseorang pembantu makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas harian yang dijalankan.

  • Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 melalui urusan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)

Terdapat 5 teras aliran pelajaran iaitu :
  •  Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Geologi 
  • Teknologi Maklumat 

KIMIA

Nama Pensyarah      : Prof  Madya Dr Abd Rahim Bin Yacob 
Jabatan/ Fakulti       : Jabatan Kimia ,Fakulti Sains
Email                         :  abd.rahim@utm.my 
Sambungan                : 34505




         Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan dengan gabungan mata pelajaran kimia utama iaitu asas kimia Tak Organik,asas kimia fizik,asas kimia analisis dan asas kimia organik.Asas kimia tak organik dan kimia analisis merangkumi tajuk-tajuk iaitu struktur atom,siri spektrum,teori atom Bohr, formula molekul, konsep mol dan kepekatan larutan,jadual berkala,ikatan kimia dan stoikiometri.Manakala asas kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas, hukum-hukum gas,gas sahih,teori kinetik gas,keadaan cecair,sifat cecair,keadaan pepejal.Asas kimia organik pula meliputi pengenalan asas sebatian organik,ikatan,formula struktur dan keinsomeran.

          Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan tentang pengurusan makmal dan keselamatan makmal yang merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut :

  • Good Laboratory Practice
  • Introduction To 5S
  • Quality Management System
  • Safety Operating System
  • Hazard Identification ,Risk Assessment and Risk Control (HIRARC)
  • Material Safety Data Sheet (MSDS)



FIZIK 

Nama Pensyarah  : Prof Dr Karim Bin Deraman
Jabatan /Fakulti    : Jabatan Fizik ,Fakulti Sains 
Email                      : Karimd@utm.my
Sambungan            :  34091



          Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan tentang konsep asas fizik berkaitan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas,kuantiti terbitan,simbol dan unit SI.Pengukuran asas seperti pengukuran kuantiti asas,kejituan,kepekaan,kepersisan,sisihan relatif dan ralat juga diperkenalkan.Disamping menjelaskan berkaitan keadaan jirim iaitu pepejal,cecair,gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga iaitu merujuk kepada tenaga kinetik,tenaga keupayaan dan sumber-sumber tenaga.

           Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan tentang konsep dinamik yang memberi pendedahan tentang jisim dan inersia,daya dan geseran termasuk hukum-hukum gerakan Newton sertamomentum dan keabadiam momentum.Pengenalan asas tentang topik keradioaktifan dan isotop turut diperkenalkan.


BIOLOGI



Nama Pensyarah  :  Dr Alina Binti Wagiran
 

Jabatan                  :  Jabatan Bioteknologi Industri ,
Fakulti                   :   Fakulti Biosains &  Biokejuruteraan   
Email                     :   Alina@utm.my

Sambungan           :   34498

Nama Pensyarah : Dr Fadzilah Binti Abd Manan 
Jabatan                 :  Jabatan Bioteknologi Industri ,
 
Fakulti                  :   Fakulti Biosains &  Biokejuruteraan
 
Email                     :   Fazilah@FBB.utm.my
 
Sambungan          :   32717

          Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan tentang pengetahuan biologi asas.Pemahaman prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan khususnya dalam mengendalikan kelas amali.Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel sebagai asas kehidupan,fotosintesis dan respirasi,pengkhususan dan perkembangan sel,genetik pewarisan dan molekular dan juga genetik populasi.
          Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan tentang kumpulan mikroorganisma yang terdiri daripada 3jenis kumpulan iaitu Eukariot,Arkea dan prokariot iaitu tentang kepentingan dan kehidupan mereka.


GEOLOGI



Nama Pensyarah : Prof Dr Radzuan Bin Junin
 
Jabatan                 : Jabatan Kejuruteraan Petroleum Dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui.
Email                    : R-Razuan@utm.my
Sambungan           :  35732



 

              Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan tentang konsep batuan,mineral dan fosil,pembentukan 3jenis batuan utama iaitu batuan igneus,batuan metamorfik dan batuan endapan serta pengkelasan,pengenalpastian dan pengurusan inventori batuan.

             Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan tentang sedimentologi dan stratigrafi,proses luluhawa,hakisan,pengendapan dan angkutan.




TEKNOLOGI MAKLUMAT



Nama Pensyarah : Prof Madya Mohd Shahrizal Bin Sunar
Jabatan                :  Jabatan Grafik Komputer & Multimedia,
Fakulti                  :   Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat

Email                    :   Shahrizal@utm.my /http://gmm.cs.utm.my/~shah
Sambungan          :   32321
 

          Kursus Teknologi Maklumat kali ini memperkenalkan aplikasi Microsoft Office seperti words,exel dan powerpoint disamping menyentuh tentang etika penggunaan email dan internet serta kaedah mengatasi ancaman virus dan pencerobohan.Melalui aplikasi Microsoft office penggunaan asas seperti membuka dan mencipta dokumen,penyimpanan dokumen,setting halaman,pengendalian dan memformat teks dan paragraf,pengendalian grafik,merangka dan mengendalikan jadual serta menyediakan persembahan dokumen tersebut melalui slaid telah dibincangkan.Selain daripada itu pencarian maklumat melalui search enjin,komunikasi melalui blog dan forum,chat seperti skype dan yahoo messenger,social networking seperti facebook dan twitter dan email seperti gmail dan hotmail juga telah diketengahkan.Sebagai pengguna ICT,krusus ini juga menekankan isu-isu pemilikan dan hak cipta perisian,keselamatn melalui ancaman virus,worm dan trojan horse,salahlaku dan penggodaman rangkaian internet dan komputer.Perserta kursus turut didedahkan dengan sistem dropbox serta penghasilan blog.




Posted by Unknown at 21:12
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)



Gratisan Musik

Blog saya x seberapa cantik... cukup la dengan apa yang saya ada.. jemput baca

ENJOY YOUR DAY KENGKAWAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
  Kuala Lumpur

Facebook Badge

Ratu Azlina Amir

Create Your Badge

Bacalah Mana2 yg sudi

  • ▼  2013 (5)
    • ▼  March (3)
      • Log Program Bridging
      • Etika Profesional Alam Maya
      • SENARAI PENSYARAH
    • ►  February (2)
Simple theme. Powered by Blogger.