Setelah
berakhirnya sesi tahap 1 sesi I, program bridging ini di teruskan lagi iaitu
pada Tahap 1 sesi ke II yang bermula dari 29 Januari 2013 sehingga 4 Mac 2013
.Peranan UTM dalam melahirkan
modal insan memerlukan staf sokongan teknikal yang cekap ,terlatih serta
berpengalaman semasa memberikan perkhidmatan membantu staf akademik. Pembantu
makmal terlibat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan sokongan di
makmal-makmal khususnya berkaitan pengajaran, penyelidikan, perundingan,
pengurusan sumber, keselamatan dan pentadbiran sesebuah makmal. Antara objektif
kursus bridging ini adalah seperti berikut :
- Untuk mengukur kesesuaian seseorang pembantu makmal dari segi potensi untuk menjawat jawatan didalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27.
- Untuk menguji kemahiran seseorang pembantu makmal berdasarkan kepada pengalaman dalam tugas harian yang dijalankan.
- Untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kelayakan masuk ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C27 melalui urusan kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL)
Terdapat
5 teras aliran pelajaran iaitu :
- Kimia
- Fizik
- Biologi
- Geologi
- Teknologi Maklumat
KIMIA
Nama Pensyarah : Prof Madya Dr
Abd Rahim Bin Yacob
Jabatan/ Fakulti : Jabatan Kimia ,Fakulti
Sains
Email : abd.rahim@utm.my
Email : abd.rahim@utm.my
Sambungan :
34505
Pada Tahap 1 sesi 1 peserta
kursus diperkenalkan dengan gabungan mata pelajaran kimia utama iaitu asas
kimia Tak Organik,asas kimia fizik,asas kimia analisis dan asas kimia
organik.Asas kimia tak organik dan kimia analisis merangkumi tajuk-tajuk iaitu
struktur atom,siri spektrum,teori atom Bohr, formula molekul, konsep mol dan
kepekatan larutan,jadual berkala,ikatan kimia dan stoikiometri.Manakala asas
kimia fizik pula merangkumi tajuk keadaan gas, hukum-hukum gas,gas sahih,teori
kinetik gas,keadaan cecair,sifat cecair,keadaan pepejal.Asas kimia organik pula
meliputi pengenalan asas sebatian organik,ikatan,formula struktur dan
keinsomeran.
Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta
diberikan pendedahan tentang pengurusan makmal dan keselamatan makmal yang
merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut :
- Good Laboratory Practice
- Introduction To 5S
- Quality Management System
- Safety Operating System
- Hazard Identification ,Risk Assessment and Risk Control (HIRARC)
- Material Safety Data Sheet (MSDS)
FIZIK
Nama
Pensyarah : Prof Dr Karim Bin Deraman
Jabatan /Fakulti : Jabatan Fizik ,Fakulti Sains
Email : Karimd@utm.my
Sambungan : 34091
Jabatan /Fakulti : Jabatan Fizik ,Fakulti Sains
Email : Karimd@utm.my
Sambungan : 34091
Pada Tahap 1 sesi 1
peserta kursus diperkenalkan tentang konsep asas fizik berkaitan kuantiti fizik
iaitu kuantiti asas,kuantiti terbitan,simbol dan unit SI.Pengukuran asas
seperti pengukuran kuantiti asas,kejituan,kepekaan,kepersisan,sisihan relatif
dan ralat juga diperkenalkan.Disamping menjelaskan berkaitan keadaan jirim
iaitu pepejal,cecair,gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga
iaitu merujuk kepada tenaga kinetik,tenaga keupayaan dan sumber-sumber tenaga.
Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan
tentang konsep dinamik yang memberi pendedahan tentang jisim dan inersia,daya
dan geseran termasuk hukum-hukum gerakan Newton sertamomentum dan keabadiam
momentum.Pengenalan asas tentang topik keradioaktifan dan isotop turut
diperkenalkan.
BIOLOGI
Nama Pensyarah : Dr Alina Binti Wagiran
Jabatan : Jabatan Bioteknologi Industri ,
Fakulti : Fakulti Biosains & Biokejuruteraan
Email : Alina@utm.my
Sambungan : 34498
Nama Pensyarah : Dr Fadzilah Binti Abd Manan
Jabatan : Jabatan Bioteknologi Industri ,
Fakulti : Fakulti Biosains & Biokejuruteraan
Email : Fazilah@FBB.utm.my
Sambungan : 32717
Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan tentang pengetahuan biologi asas.Pemahaman prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan khususnya dalam mengendalikan kelas amali.Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel sebagai asas kehidupan,fotosintesis dan respirasi,pengkhususan dan perkembangan sel,genetik pewarisan dan molekular dan juga genetik populasi.
Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan tentang kumpulan mikroorganisma yang terdiri daripada 3jenis kumpulan iaitu Eukariot,Arkea dan prokariot iaitu tentang kepentingan dan kehidupan mereka.
Jabatan : Jabatan Bioteknologi Industri ,
Fakulti : Fakulti Biosains & Biokejuruteraan
Email : Fazilah@FBB.utm.my
Sambungan : 32717
Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan tentang pengetahuan biologi asas.Pemahaman prinsip biologi asas ini akan memaksimumkan penghayatan khususnya dalam mengendalikan kelas amali.Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah seperti sel sebagai asas kehidupan,fotosintesis dan respirasi,pengkhususan dan perkembangan sel,genetik pewarisan dan molekular dan juga genetik populasi.
Pada Tahap 1 sesi 2 pula peserta diberikan pendedahan tentang kumpulan mikroorganisma yang terdiri daripada 3jenis kumpulan iaitu Eukariot,Arkea dan prokariot iaitu tentang kepentingan dan kehidupan mereka.
GEOLOGI
Nama Pensyarah : Prof Dr Radzuan Bin Junin
Jabatan : Jabatan Kejuruteraan Petroleum Dan Kejuruteraan Tenaga Diperbaharui.
Email : R-Razuan@utm.my
Sambungan : 35732
Pada Tahap 1 sesi 1 peserta kursus diperkenalkan tentang
konsep batuan,mineral dan fosil,pembentukan 3jenis batuan utama iaitu batuan
igneus,batuan metamorfik dan batuan endapan serta pengkelasan,pengenalpastian
dan pengurusan inventori batuan.
Pada Tahap 1 sesi 2 pula
peserta diberikan pendedahan tentang sedimentologi dan stratigrafi,proses
luluhawa,hakisan,pengendapan dan angkutan.
TEKNOLOGI
MAKLUMAT
Nama Pensyarah : Prof Madya Mohd Shahrizal Bin Sunar
Fakulti :
Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat
Email :
Shahrizal@utm.my /http://gmm.cs.utm.my/~shah
Sambungan : 32321