Iskandar Malaysia?? Dimana?? manusiakah ia??
Entry ini adalah entry pertama yang saya tulis. ye, saya nak berikan sedikit Ilmu saya tentang Iskandar Malaysia, pertama kali diberitahu tentang lawatan ke Iskandar Malaysia, saya tergamam..
DIMANAkah dan BAGAIMANAkah ia boleh membantu saya dalam teknologi IT?? APAkah yang ada disana??
Tahukah anda apa itu Wilayah Iskandar Malaysia?
Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) atau dikenali sebagai Iskandar Malaysia adalah koridor pembangunan yang dilaksanakan dibahagian selatan johor. Ia juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.
Terdapat 5 Zon Ekonomi Utama yang terdapat didalam Iskandar Malaysia iaitu, Zon A Bandar Johor Bahru, Zon B Nusajaya & Medini, Zon C Pintu Pembangunan Timur, Zon D Pintu Pembangunan Timur, Zon E Senai-Skudai. Zon-zon ini dijangka akan mengukuhkan kelompok ekonomi yang sedia ada selain mempelbagai serta membangunkan sektor-sektor yang membangun.
Wilayah Iskandar Ada apa ye?? Apa yang menarik sangat semasa lawatan ke sana??
YA, banyak yang menarik dapat saya pelajari sepanjang berada disana!! Setibanya saya disana jam 3.00 petang, saya dan kumpulan telah disambut dengan penuh manis oleh En.Mohd Yusri, pegawai di Iskandar Malaysia.. Penerangan panjang lebar juga telah diberikan untuk menerangkan asal-usul Iskandar Malaysia.
saya akui jika tiada lawatan ini, mungkin saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi dengan negeri kelahiran saya ini.Bagaimana ia menjana Negeri Johor, memajukan kawasan-kawasan yang berpotensi dan kehebatan pelabur-pelabur dalam negara kita yang sanggup mengambil risko untuk menaiktaraf Johor sebagai negeri yang membangun juga telah diterangkan sepanjang penerangan tersebut.
Selesai penerangan, saya dan kumpulan mula diberi peluang untuk berjalan sekitar kawasan teknologi, ia amat bermakna apabila tertera slide berkenaan Negeri Johor serta asal usulnya, bagaimana Johor membangun dan semakin berkembang maju dan pesat yang pastinya telah menarik minat saya.
Terdapat pelbagai teknologi terkini dalam iskandar malaysia ini, diantaranya papan tanda sesentuh, mainan interaktif serta sistem projektor 3D.
lawatan kami yang menarik ini berlangsung selama sejam setengah dan berakhir pada pukul 4.30 petang dan kami juga telah disajikan dengan minuman petang iaitu meehoon goreng
No comments:
Post a Comment